Isnin, 27 Oktober 2014

Tutorial - Cara Betul Melakukan Format atau Factory Reset pada Android


Apakah Format / Factory Reset
Maksud Format bagi OS Android ialah proses pembersihan sistem OS yg membuang semua data pengguna (userdata) & fail sistem sementara (temporary file / cache). TermaFormat juga dikenali sebagai Factory Reset, Clear Storage, Master Reset. Selepas arahanformat dilaksanakan, OS mengosongkan kandungan memori dalaman peranti, seolah seperti baru. Data pengguna seperti SMSContacts, Aplikasi dan Permainan turut dipadam. Sebab itulah terma Factory Reset diguna menandakan peranti yg diformat sama seperti baru keluar kilang



Mengapa dan siapa yg perlu membuat format ?

  • Pengguna yg mempunyai masalah Android yg agak perlahan secara tiba & tidak pasti punca, 
  • Kemaskini / upgrade OS baru tetapi tak melakukan format sistem
Nota : Selepas melakukan proses upgrade kepada OS baru terdapat data sementara yg tidak serasi dengan persekitaran baru. Contohnya Android 2.3 telah berjaya dikemaskini kepada Android 4.0, tetapi berlaku masalah sepertiForce Close atau kegagalan melancarkan aplikasi. 
  • Masalah BootLoop, animasi berulang pada logo & gagal masuk ke Homescreen
  • Terlupa katakunci (password) atau pattern.
  • Masalah tersangkut (hang) dan kerap Force Close. 
Nota: Data sementara (temporary system files / Dalvik Cache) yg dicipta semasa persekitran Android 2.3 mungkin tidak lagi sesuai utk persekitaran baru Android 4.0, inilah antara punca utama penyebab Force Close. Fail sistem sementara ini perlu dibuang untuk kestabilan OS Untuk membuang data sistem lama, Format/ Factory reset adalah perlu.
__________________________________________________________________________
Bahagian A
Perkara penting bagi sebelum melakukan proses Format
Ramai pengguna mengeluh telefon yg diformat telah memadamkan kesemua kandungan & fail peribadi. Ingat! fail tidak boleh diselamatkan selepas melakukan format/ factory reset. Jadi untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku pada anda, baca dan ambil kira penerangan berikut

1. Simpan fail peribadi 
Mulakan dengan membuat proses transfer file ke dalam komputer. Pengguna boleh menggunakan cara Mass Storage, MTP atau menggunakan perisian seperti Samsung Kies jika menggunakan peranti Samsung. Berikut antara lokasi penting fail pengguna yg disimpan pada peranti Android 

Root (memori dalaman  - internal memory) 
 |--DCIM (folder gambar yg diambil dengan aplikasi kamera Android)
 |--DCIM-\-Camera (folder utama simpanan gambar yg diambil dengan kamera utama Android)
 |--Download (fail yg pernah dimuat turun Android)
 |--Documents (fail dokumen yg pernah dibuat melalui aplikasi seperti Kingsoft Office)
 |--Media (fail ringtone & messagetone)
 |--Music (lagu / mp3 yg dimuat turun)
 |--Pictures (gambar yg dimuat turun)
 |--Video (video yg dimuat turun)

Jangan lupa menyimpan fail pada kad memori, anda perlu INGAT sendiri struktur susunan folder kerana fail ini akan dipindah semula selepas/ jika memori dikosongkan. 

2. Membuat backup installer atau APK , (aplikasi atau permainan) yg dimuat turun.
Bagi menyimpan aplikasi yg penting atau yg pernah dimuat turun menerusi Google Play, pengguna perlu membuat simpanan Installer utk kegunaan semula. Mungkin APK ini boleh dimasukkan dikemudian hari atau bagi pengguna yg terlupa nama aplikasi yg pernah dimuat turun. Ini juga boleh menjimatkan data Internet dengan memasukkan sendiri secaraoffline

3. Membuat backup data tambahan permainan bersaiz bersaiz besar 
Langkah ini dikhususkan bagi pengguna yg mempunyai kandungan aplikasi permainan yg besar. Bagi  pengguna yg menyimpan permainan bersaiz kecil seperti Angry Birds, anda boleh meneruskan ke langkah 4.

Pengeluar permainan video games Gameloft biasanya mempunyai data yg bersaiz besar. Jika anda masih mahu menggunakan permainan ini dinasihatkan supaya membuat backup ; menyimpan data permainan (games data/ sd data) di komputer, ini kemudian dihantar semula kedalam memori selepas format.
Nota :  Pernah muat turun permainan Gameloft tetapi tidak boleh dimainkan ? ini kerana hanya installer yg dimuat turun dari Google Playtetapi data penuh permainan tidak dimuat turun sekali. Data tambahan akan dimuat turun secara automatik semasa pelancaran pertama. Data tambahan ini dikenali Games Data atau SD Data, saiz folder pula boleh mencapai sebesar 2GB!
Data permainan (game data/ sd data) berbeza dengan Installer. Sebagai contoh saizapk installer PES 2012 cuma  kurang 6Mb. Sebenarnya fail keseluruhan PES 2012 yg diperlukan ialah 156Mb. Mana pula datangnya lagi 150Mb ?  Semasa pelancaran pertama, permainan akan mengeluarkan mesej untuk memuat turun data tambahan dari server pengeluar, data tambahan ini di simpan dalam folder yg berasingan.

Berikut ialah contoh kedudukan fail data tambahan permainan yg telah dimuat turun semasa pelancaran pertama.

Jika permainan Konami PES 2012, Kedudukan data tambahan disimpan pada folder 
 |--Android \data\com.konami.pes2012 (kandungan folder bersaiz 156Mb)

Contoh lain bagi permainan Gameloft Asphalt 6, Kedudukan data tambahan disimpan pada folder 
 |--Android \data\com.gameloft.ANMP.GloftA6HP (kandungan folder bersaiz 1Gb!)

Permainan keluaran Gameloft sebelum 2011 ia menggunakan folder sendiri. Terdapat pengeluar lain seperti EA yg menyimpan data tambahan ini pada folder luar folder ini dinamakan sempena nama pengeluar atau tajuk permainan
|--Storage/Gameloft
|--Storage/EA
Walaubagaimanapun  kebanyakan pengeluar menempatkan data permainan pada (salah satu) subfolder Android
|--Android/data 
|--Android/obb
Nota: Dengan melakukan proses penyimpanan (backup) data permainan pengguna tidak lagi perlu muat turun semula data permainan yg bersaiz besar dan menghabiskan kuota internet. Adakalanya terdapat games data masih diperlukan selepas memasukkan APK secara manual meskipun dengan data permainan telah disalin semula ke kad memori, bagaimanapun amaun data yg dimuat turun agak kecil berbanding memuat turun keseluruhan data permainan penuh. Jika masih  keluar mesej muat turun dengan saiz yg amat besar ia berkemungkinan proses update ataupatching pada permainan tersebut. 

Pengguna tentu tidak perasan yg mana satu folder yg games yg bersaiz besar, Untuk mengenalpasti saiz folder ini, pengguna boleh menggunakan fungsi tambahan yg ada pada ES File Explorer > SD Card Analyst. Pengguna juga boleh menggunakan Windows Explorer pada desktop dan melihat properties folder. Salin data permainan ini kedalam komputer seperti tutorial langkah 1.



Jika terlalu banyak folder games data dalam subfolder Android, pengguna boleh menyalin folder Android sekaligus. 

4. Menyimpan mesej SMS & Contact
Bagi membuat simpanan SMS, rujuk artikel Go SMS yg pernah diterangkan terdahulu. Untuk membuat simpanan Contact boleh gunakan Go Contact atau membuat sambungan dengan akaun google gmail. 

Nota : Setiap pengguna Android yg mahu menggunakan Google Play mestilah menghubungkan Android dengan server Google secara online melalui proses sign-in. Proses sync akaun gmail akan menyimpan maklumat & butiran pengguna termasuklahContact. Hanya perlu sign-in pada akaun gmail yg sama, semua Contact pengguna akan dimuat turun semula pada peranti /Android yg baru.

Bahagian seterusnya akan menerangkan cara melakukan proses Format
__________________________________________________________________________
Bahagian B
Terdahulu, sila pastikan anda telah memahami & mengambil langkah penting di bahagian A

Bagaimana melakukan arahan format pada system Android ?

Ada 2 cara untuk melakukan proses format Android. Hanya perlu pilih salah satuKaedah yg di terangkan dibawah

Format Cara 1
1-Format melalui Tetapan (setting) Android 


Bagi model HTC (dan model Android 2.2 ke atas ),
  1. Masuk ke menu Setting
  2. SD & Phone Storage Factory Data Reset
  3. Tap Reset Phone & Erase Everything
Settings > Factory data reset

Mesej ulangan bertujuan sebagai pengesahan pengguna (user confirmation)  




Untuk model Samsung (dan model Android 2.1) 
  1. Masuk ke menu Setting
  2. Privacy > Factory Data Reset
  3. Pilih Reset Phone > Tap Erase Everything
Kosongkan Format USB storage utk tidak format kad memori

Nota
Tujuan Format USB Storage atau  Format SD Card Memory utk memadam seluruh kandungan kad memori, jangan diisikan checkbox melainkan semua data telah pun disimpan (backup) pada komputer. Jika tidak yakin, keluarkan kad memori sebelum melakukan proses Format.  
Sekiranya langkah diatas masih gagal memadamkan maklumat pengguna, ikuti langkah seterusnya

Format Cara 2
2-Format melalui kombinasi butang khas
Cara ini akan memasuki menu recovery tanpa perlu memasuki Android, dengan menekan butang tertentu semasa dihidupkan, sistem recovery diaktifkan bagi tujuan format sistem. Setiap peranti mempunyai kombinasi butang yg berbeza dan boleh dirujuk pada laman hard-reset.com

Bagi model HTC,

  1. Tutup telefon sepenuhnya
  2. Tekan dan tahan (tap & hold) butang Volume (-)
  3. Dengan masih menahan butang Volume (-), tekan butang Power
  4. Tunggu sehingga gambar Android skateboard muncul pada skrin, 
  5. Apabila muncul lepaskan butang Volume (-)
  6. Tekan Volume (-) bagi memilih Clear Storage (atau Factory Reset)
  7. Tekan butang Power bagi melaksana arahan Format
  8. Selesai dan mulakan Android seperti biasa
HTC menggunakan antaramuka Bootloader 


Untuk model Samsung

  1. Tutup telefon sepenuhnya
  2. Tekan dan tahan (tap & hold) butang Volume (+),
  3. Dengan masih menahan butang Volume(+), tekan butang Home serta butangPower bersama
  4. Tunggu sehingga logo Samsung muncul pada skrin, apabila muncul lepaskan kesemua butang 
  5. Android akan masuk ke sistem Recovery dengan latar belakang gambar Android
  6. Gunakan butang Volume dan Home sebagai navigasi menu, 
  7. Info: Volume(+) = Atas ; Volume(-) Bawah ; Home=Laksana arahan
  8. Pilih Wipe Data / Factory Reset
  9. Selesai dan mulakan Android seperti biasa

Samsung menggunakan Android System Recovery 

Proses format mengambil masa 2-5 minit. Tunggu dan perhatikan proses yg berlaku. Jika terdapat masalah semasa proses format ulangi semula kombinasi butang sehingga berjaya. Melakukan proses Format adalah selamat dan tiada risiko merosakkan sistem OS Android. 
SOLAT SUNAT TAUBAT

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Solat Sunat Taubat dilakukan selepas seseorang itu melakukan dosa dan kesalahan atau perlanggaran hukum-hukum agama atau berasa dirinya bersalah dan berdosa kepada Allah SWT. kemudian menyesali atas perbuatan itu dan ingin kembali semula ke jalan Allah (bertaubat).
.
Rasulullah SAW. telah bersabda: “Sesiapa yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti akan menerima permohonannya itu. Kemudian bacalah ayat ini:
“Mereka yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah berbuat dosa terhadap dirinya sendiri lalu mereka bersegera mengingati Allah dengan memohon keampunan Ilahi terhadap dosa yang dilakukan itu. Siapakah yang akan mengampuni segala dosa, selain Allah? Kemudian itu mereka berasa insaf dan sedar serta tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi, maka mereka akan diberi pahala dan ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai dan disitulah tempat mereka selamanya.”  (HR Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah dan Baihaqi.)
.
Solat Taubat boleh dilakukan dua, empat atau enam rakaat pada bila-bila masa yang dikehendaki, tetapi lebih afdal pada waktu tengah malam dimana suasananya lebih sunyi dan tenang.
.

Fadhilat Taubat:

.
1. Diampunkan Allah SWT.
2. Dimudahkan segala urusan.
3. Menceriakan kehidupan seharian.
4. Menghilangkan perasaan yang menekan.
5. Mencegah dosa dan menghindari gangguan.
.
.

CARA SOLAT TAUBAT

.

1.  Niat Solat Sunat Taubat:

.

2.  Bacaan surah selepas Al-Fatihah:

.
Rakaat pertama:   Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua:   Surah Al-Ikhlas
.
.

3.  Semasa  sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk Tahiyyat Akhir) iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut 40 kali:

“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-niy kun-tu mi-naz-zhoo li-miyn.”
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim).
.
.

4.  Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar :

.
a. Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 / 100 kali;
“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-dziy laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih.”
Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat kepada-Nya.
.
b.  Sambung baca Istighfar Tauhid berikut sebanyak 10 / 100 kali;
“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-zii laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih. Tau-ba-ta ‘Ab-di zhoo-li-mi laa yam-li-ku li-naf-si-hi dhor-raa, wa-laa naf-‘an wa-laa mau-tan wa-laa ha-yaa-tan wa-laa nu-syuu-raa.”
Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.
.
c.  Kemudian bacalah Penghulu Istighfar sebanyak 3 Kali :
“AL-Laa-Hum-ma an-ta rab-bi  Laa i-la-ha il-laa an-ta kho-laq-ta-ni wa-a-naa ‘ab-du-ka wa-a-naa ‘a-laa ‘ah-di-ka wa-wa’-di-ka mas-ta-th0′-tu, a-‘uu-dzu-bi-ka min syar-ri-maa sha-na’-tu, a-buu u-la-ka bi-ni’-ma-ti-ka ‘a-lay-ya wa-a-bu-u bi-dzan-bi fagh-fir-lii, fa-in-na-hu laa yagh-fi-rudz dzu-nuu-ba il-laa an-ta.”
Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, daku berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Daku memohon perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan; Daku mengakui akan segala nikmat yang Dikau berikan kepadaku dan daku mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah daku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.
.
.

5.  Baca Doa Taubat

.
Daku memohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus!
Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudharat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak).
Daku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman.
Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah! Sesungguhnya daku bertaubat kepada-Mu di atas segala dosaku, dan daku berjanji tidak akan mengulanginya.
Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku. Ya Allah! Sesungguhnya daku telah banyak sekali menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah daku. 
Ya Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!
.
.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

Keputusan Nina & Zarif Tersingkir Konsert AF 2014 Minggu 8

Sumber: Keputusan Nina & Zarif Tersingkir Konsert AF 2014 Minggu 8 | melvister.com 


Keputusan Nina dan Zarif tersingkir pada konsert AF 2014 Minggu 8 Suku Akhir. Menerusi pengumuman yang telah dibuat oleh Pengacara Zizan dan Faizal Bin Ismail (FBI), dua pelajar AF 2014 iaitu Nina dan Zarif diumumkan sebagai pelajar yang tersingkir pada konsert AF 2014 minggu ke lapan pada ahad 26 Oktober 2014 selepas mendapat kedudukan peratusan undian paling rendah. Untuk info, kini hanya tinggal seramai 5 pelajar sahaja lagi akan bersaing dalam Konsert AF 2014 pada peringkat separuh akhir.
nina


Sumber: Keputusan Nina & Zarif Tersingkir Konsert AF 2014 Minggu 8 | melvister.com 
YES 4G UNLIMITED

Internet terlaju di Malaysia??



Hari ni aku macam takde idea sangat nak post ape dekat blog aku ni. Biasanya aku suka share story yang pelik-pelik atau benda yang takde ilmiah sangat la, tapi kali ni aku rasa aku just nak share experience aku mengenai internet terlaju di Malaysia.

Korang semua tentu tau dekat Malaysia ni ada dua jenis capaian internet, iaitu wired dan wireless. Wired broadband dekat Malaysia ni rasanya ramai yang tau tentang Streamyx (TMnet), manakala wireless broadband sekarang ni dah banyak company offer. Dua jenis teknologi yang popular ialah 3G broadband (Maxis, Celcom, Digi, Umobile) dan yang terbaru Wimax (P1 dan Yes). Ada banyak lagi company dan jenis broadband yang ada, tapi aku cuma listkan yang aku rasa orang biasa dengar je.

Aku berpeluang untuk test broadband dari Yes 4G (YTL Comms), yang declare dorang ni internet terlaju berbanding 3G broadband. Dalam wikipedia, definisi 4G ialah capaian internet secara bergerak dengan kelajuan 100Mbps dan 1Gbps untuk statik. Tu yang buat aku terfikir nak test selaju mana internet Yes ni.


Camne aku buat ujian broadband Yes? Macam biasa guna Speedtest la. Sebabkan aku tinggal kat Cheras Utama , jadi result ni valid untuk kawasan ni je. Tempat lain aku tak sure la camne. Aku buat test menggunakan beberapa server sebagai rujukan. Aku gunakan Yes USB dongle sebagai modem.

1. Kuala Lumpur


2. Seri Kembangan


3. Cyberjaya






4. Washington DC


 5. Singapore


 Kenapa aku test gunakan server dari Washington DC? Sebab kebanyakan internet hosting ada dekat Amerika Syarikat. So aku just nak test berapa laju capaian dari Malaysia ke server kawasan sana. Untuk Singapore pulak aku cuma nak test speed ke negara jiran terdekat.

Tapi kelajuan internet bukan segala-galanya. Kadang-kadang speed ada, tapi kualiti takde. So aku buat Pingtest pulak untuk tengok kualiti broadband Yes ni. Aku cuma test gunakan server Kuala Lumpur sebab dah ngantuk nak test banyak-banyak. Hahaha...


Result mungkin berbeza bila buat test berulang kali. Tapi yang ni result terbaik setelah aku buat sebanyak 3 kali test.

Jadi aku rasa kalau Yes dapat maintain speed macam ni bila user dah ramai, sure boleh lawan dengan Unifi nanti. Pelanggan boleh ada lebih banyak pilihan nak buat. Pada aku, aku prefer something yang portable, jadi aku boleh guna dekat mana-mana je.

Kalau korang semua ada idea nak share lagi tentang speed broadband korang kat mana-mana kawasan, mungkin boleh inform aku ke. At least aku rasa boleh buat reference untuk orang yang tengah nak buat pilihan nak guna broadband mana. Ataupun korang tinggal ke komen kat sini dan linkkan post ni kat blog korang. Jadi lebih ramai orang boleh tau tentang status speed broadband kat Malaysia ni.. :)
Itu ke kot...terima kasih.....

HUKUM JUAL BELI HARI JUMAAT


jual beli solat jumaat

Sudah menjadi kebiasaan, disebabkan hari Jumaat adalah hari kerja di Malaysia, lelaki yang bekerjaya terpaksa terkejar-kejar mengambil waktu rehat tengahari untuk makan tengahari dan juga menunaikan solat fardhu Jumaat secara berjemaah. Namun, dalam ketika itu, ramai yang tidak sedar setiap minggu, mereka mungkin membeli makanan yang berulamkan dosa.
Sebelum ini, saya pernah mengulas berkenaan hal ini melalui siaran ‘Tanyalah Ustaz TV9′ dan juga wawancara bersama Utusan Malaysia. Namun melihat kepada kekerapan dan kurang sensitiviti kalangan umat Islam di Malaysia khususnya. Satu penulisan ringkas yang khusus berkenaan hal ini adalah perlu.
Persoalan jual beli yang terus berlangsung di kalangan peniaga dan pembeli lelaki selepas azan pada hari Jumaat perlu dipandang serius atau ia akan berterusan. Lebih kurang menyenangkan, apabila melihat peniaga-peniaga ini berkhemah di luar masjid, mengambil untung atas perkumpulan umat Islam yang ingin menunaikan solat Jumaat, sedang mereka menjadi penyebab kepada dosa.
PENGHARAMAN JUAL BELI SELEPAS AZAN DI HARI JUMAAT
Solat Jumaat adalah wajib hanya ke atas lelaki baligh dan bukan wanita. Justeru setiap urusniaga di antara wanita dengan wanita selepas azan pertama atau kedua dikumandangkan pada hari Jumaat adalah sah dan harus. Justeru, ia tidak termasuk di dalam perbincangan para ulama dan bukan pula fokus artikel ini. Ia adalah satu keharusan yang disepakati oleh keempat-empat mazhab terbesar dalam Fiqh Islam.
Demikian juga halnya bagi mereka yang tidak wajib solat jumaat kerana sebab lain seperti sakit, musafir dan sebagainya.
Perbincangan hukum hanya berkisar kepada para lelaki, sama ada peniaga lelaki, pembeli lelaki atau kedua-duanya sekali yang sihat, baligh dan tidak bermusafir.
Asas hukum adalah dari surah al-Jumaat ayat 9 yang maksud-Nya:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِي لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
Ertinya :Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sembahyang pada hari Jumat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.
AZAN PERTAMA ATAU KEDUA?
Walaupun telah ijma’[1] di kalangan ulama akan pengharaman jual beli berdasarkan ayat di atas, mereka berbeza ijtihad dalam menentukan pengharaman itu jatuh selepas azan pertama atau kedua.
Perlu difahami bahawa azan Jumaat di zaman Nabi s.a.w, Abu Bakar as-Siddiq r.a dan Umar r.a hanyalah sekali sahaja, iaitu di ketika khatib (imam) naik ke atas mimbar untuk memulakan khutbah. Di zaman pemerintahan khalifah Uthman r.a, bilangan umat Islam bertambah lalu diperkenalkan azan kedua dan seterusnya ketiga (berfungsi sebagai iqamah).
Namun, hasil daripada kewujudan lebih dari satu azan selepas zaman Uthman, para ulama sekali lagi perlu berijtihad dalam menentukan azan manakah yang mesti tiada lagi jual beli selepasnya. Mazhab Maliki dan Hanbali jelas dan tegas bahawa pengharaman adalah selepas azan kedua iaitu di ketika khatib sudah naik ke atas mimbar, ia juga bertepatan dengan suasana di ketika turunnya ayat Al-Quran, para masa hayat baginda Nabi s.a.w.[2]
Imam At-Tohawi Al-Hanafi menegaskan :-
المعتبر الأذان عند المنبر بعد خروج الإمام ، فإنه هو الأصل الذي كان للجمعة على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم
Ertinya : Azan yang terpakai (dalam hal ini) adalah yang ketika keluar imam di atas mimbar, maka itulah yang asal sebagaimana Jumaat di zaman baginda Nabi s.a.w (Mukhtasar at-Tohawi, hlm 24)
Namun demikian, ulama mazhab Hanafi kelihatan mempunyai berbilang pandangan dengan majoriti di antara mereka berijtihad azan kedua adalah ‘pasti haram’, cuma terdapat sebahagian besar mereka yang juga berpendapat pengharaman bermula sejak dari azan pertama (azan masuk waktu) lagi atau selepas tergelincirnya matahari pada hari tersebut.[3] Ini bermakna, mazhab Hanafi lebih tegas dalam hal ini dan disepakati oleh keempat-empat mazhab, berjual beli selepas azan kedua adalah haram.
Imam Ibn Kathir Al-Syafie menyebut :
اتفق العلماء على تحريم البيع بعد النداء الثاني
Ertinya : Para ulama bersepakat berkenaan pengharaman jualbeli selepas azan kedua ( Tafsir Ibn Kathir, 4/367)
BERDOSA SAHAJA ATAU AQAD JUGA BATAL?
Walaupun berjualbeli di waktu itu adalah haram yang beerti berdosa atas si penjual dan pembeli, namun adakah aqad jual beli mereka terbatal?
Jika kesalahan ini dilakukan, dosa yang ditanggung adalah satu peringkat, manakala sah batal transaksi itu pula adalah satu peringkat yang lain. Jika aqad tidak sah, beerti pemilikan harga yang diperolehi oleh penjual adalah batal dan demikian juga pemilikan pembeli ke atas barangan beliannya. Jika itu berlaku, beerti kedua-dua mereka menggunakan harta milik orang lain dan berterusan keadaan itu sehingga akhir hayat mereka dalam keadaan penuh syubhat dan bermasalah.
Dalam hal ini, para ulama tidak sepakat dalam menanggapi kesahihan atau terbatalnya aqad. Para Ulama terbahagi kepada dua kumpulan :
Pertama : Aqad adalah sah dan hanya dosa ditanggung oleh penjual dan pembeli. Ia adalah ijtihad dari mazhab Hanafi, Syafie dan sebahagian Maliki.
Kedua : Aqad batal dan berdosa ; Ia adalah pendapat mazhab Hanbali dan majoriti Maliki.
Namun, berdasarkan penelitian, pendapat pertama adalah lebih kukuh, khususnya adalah rukun dan syarat jual beli telah semuanya dipenuhi, kecuali ia melanggar waktu jualan yang diharamkan sahaja, atas kesalahn itu dosa sahaja ditanggung tanpa pembatalan aqad.
Apapun, amat perlu umat Islam di Malaysia dan dimana sahaja untuk lebih berhati-hati dalam hal ini. Justeru, amat digalakkan agar dapat dinasihatkan kepada para peniaga dan semua warga Muslim yang wajib ke atas solat Jumaat untuk menghindari kesalahan ini. Kita bimbang,akibat kejahilan, ramai yang melanggarnya secara berulang kali.
KESIMPULAN
Kesimpulan, jual beli itu akan jatuh haram hanya apabila:
a) Dilakukan selepas azan kedua sewaktu imam berada di atas mimbar.
b) Dilakukan oleh lelaki (sama ada sebagai peniaga atau penjual) yang wajib solat Jumaat.
c) Mengetahui berkenaan hukum haram ini, dan wajiblah ke atas individu mukallaf untuk mempelajarinya. Wajib pula untuk menyampaikannya bagi yang mengetahui.
Saya amat berharap agar para khatib dapat mengingatkan perkara ini setiap kali mereka berada di atas mimbar, juga diingatkan oleh para bilal sebelum mereka melaungkan azan kedua. Digalakkan pula bagi orang ramai untuk mengedarkan tulisan ini di masjid-masjid bagi menyedarkan orang ramai.
Sekian,
Cara Membaiki Masalah Ink Printer Canon Tidak KeluarKebanyakkan penguna printer ink diluar (modify) akan mempunyai masalah ink tidak keluar. Ini adalah kelemahan ink luar(modify).. Ada beberapa punca masalah ini terjadi.. Berikut adalah  faktor-faktor dan solusi :

1. Ink kering dan tersumbat pada Cartridge .
==Solusi==

 1. Keluarkan cartridge pada printer.

2. Rendamkan cartridge dengan air suam-suam panas dalam 5minit. Beringat, berhati-hati agar chip pada cartridge tak terendam sekali.

3. Keringkan cartridge korang dengan kain lembut dan jangan gosok dikawasan head cartridge..


4. Pasangkan semula cartrige pada printer.

2. Ink tidak sampai ke cartridge.
==Solusi==


  1. Tekan button Setting(gambar sepanar) sebanyak 3 kali.
  2. Sehingga ada keluar simbol Y.
      3.Tekan button Colour kalau nak sedut masuk ink warna kedalam cartridge dan tekan                    button Black kalau nak sedut masuk ink hitam ke dalam cartridge.
      4. Buat beberapa kali sehingga ink korang ok. Tapi jangan terlalu kerap. Risau ink tumpah.. :D

3. Terdapat buih udara dalam salur.
==Solusi==

  1. Buka "Control Panel"
  2. Find "Device and Printer"
  3. Right klik pada ikon printer dan pilih "Properties"
  4. Seterusnya pergi pada "Maintainance"
  5. Akhir sekali lakukan "Deep Cleaning" beberapa kali.. 
Kalau semua ni tak berhasil. Cara terakhir ialah tukar cartridge baru. Kerana mungkin sudah terlalu lama.. 

p/s : Ini adalah sedikit cara yang aku boleh kongsikan.. Harap membantu. Tapi lebih baik hantar kedai.. Tak ada la menyusahkan diri... :)